Followers

Tuesday, April 19, 2011

Tanah dan Air ? ? ? ? :)

ni PaPa ----> Resmi tanah – adalah seorang yang mantap pendirian, boleh menerima dan memberi pendapat kepada orang lain. Umpama sifat keadaan tanah itu sendiri, boleh dicucuktanam, boleh dipijak, tempat tinggal diatasnya, tempat tinggal makhluk didalamnya. Tanah juga mampu memberi kehidupan kepada tumbuhan. Tetapi harus diingat tanah ada bermacam jenis, tanah pasir, tanah hitam, tanah liat, tanah lekit, tanah gambut, tanah lumpur.

Tanah pada anak pertama dan kelima berbeza sifatnya. Sifat tanah pada anak kelima dikenali tanah mencerut yang mana mempunyai perasaan iri, kedekut dan mementingkan diri. Tetapi apabila membawa kepada resmi tanah anak kesembilan, sifatnya hampir serupa kepada resmi tanah anak pertama. Anak ketigabelas pula sifatnya hampir serupa kepada resmi anak kelima. Ianya berselang seli. Oleh itu boleh dikatakan anak ketujuhbelas resmi tanahnya serupa dengan anak pertama dan kesembilan.

Kita dapat menilai sikap dan karakter orang dari resmi tanah itu berdasarkan sifat tanah itu. Kalau resmi tanah yg dibawanya adalah baik, maka pembawaan sikap akan memberi manfaat kepada mereka disekelilingnya. Orang resmi tanah juga boleh dikategorikan orang yang bagus untuk diberikan tanggungjawab untuk dijalankan dan kemampuan mencapai matlamat yang agak baik. <---- ada betui ka??

ni ma nye ---->
Resmi air – Orang dari resmi air boleh dikategorikan mereka yang mempunyai fleksibiliti dan adakalanya tidak tetap pendirian. Orang resmi air kebiasaannya lembut hati dan menyejukkan. Setiap mereka ini juga membawa resmi air yang berbeza bergantung kepada jenis air apa yg menjadi resmi mereka. lace w:st="on"Ada lace berbagai jenis air seperti hujan, mata air, lautan, sungai sebagai air yang menyucikan. lace w:st="on"Ada lace juga yang yang tercemar, yang bersih tetapi tidak boleh menyucikan dan air yang lain. Walaubagaimanapun air tetap mempunyai persamaan iaitu sifat fizikal dan semulajadinya.<---- :D

Eh MaMa lagi -----> Orang resmi air dapat dilihat mempunyai persamaan dengan sifat air itu sendiri yang fleksibel, boleh menyejukkan, boleh dipanaskan, boleh bergelora, boleh menyuburkan tanah, boleh membanjirkan, boleh melembutkan yang keras. Resmi air juga mempunyai kelebihan dalam menerima dan memberi pendapat. Seketul batu boleh berada didalam segelas air, air boleh berada dalam sebuah gelas. Mereka juga boleh menjadi orang yang sukar diramal akan kemampuannya dan mungkin mampu melakukan sesuatu diluar jangkaan. <--- untung pa dapat ma.. :p

papa n ma ----> Tanah vs air – keduanya adalah resmi yang mempunyai sifat fizikal mantap, penuh dan boleh memenuhi serta dipenuhi. Air mampu menyuburkan tanah dikaitkan dengan memberi rezeki yang baik. Tanah dikaitkan sesuatu yang padat dan keras tetapi air mampu melembutkan tanah. Baik air yang sentiasa mengalir dan tidak tetap, ia mampu bertakung berdindingkan tanah seperti kolam dan lautan. Ia mampu mengalir mengikut acuan tanah seperti sungai. Ia juga mampu berada dan berlindung didalam tanah serta mengalir sebagai mata air. <---- so sweet, just like we really need for each other kan ucuk.. :)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...