Followers

Wednesday, August 8, 2012

Kronologi Persiapan Perkahwinan : Baju Nikah

Lagi 4 bulan.....

Naik pening kepala ambo ni deh.. Dok memikiorkan memikirkan design baju akad nikah aku nanti.. Actually memang dah beli pun kain. Tapi nak ngantor hantar ke tailor tu la.. Price die macam leh beli yang ready made. Nak dijadikan cerita, biase lah bulan puase, byk lah pomotion baju raya dr designer2 yg mantop2.. salah 1 satu-nye Jovian by Mandagie memang mantop. So aku pon dengan bijak nye register kat ZALORA nak beli usha mana2 baju yang santek.. yang simple tapi elegant yang boleh lah dikatakan sesuai untuk dibuat baju akad nikah.

Setelah beberapa kali log in, aku pun terjumpe la 1 satu -dua design yg ok.. So aku pun tgk la measument die, mane tau kot2, size xde ke.. nak ambik size M macam x muat, so aku choose la size L. Sebelom aku proceed for the payment, aku tunjuk lah baju tu kat tunang aku.. Ikotkan color die x lari banyak dengan kain yg aku beli mula2 dlu untuk baju nikah aku. So, tunang aku pon tanpa byk cakap soal, terus setuju.. bak kata die "ikut ma lah, kalau ma dah suke". ayat yang aku kadang-kadang bengang jugak bile dengar. Harga die RM280.00. Nak dibandingkan dengan harga aku nak tempah, cos tempahan je dah RM300++.

Selesai 1 satu bab. Dapat email confirmation. Aku pon macam B2B yang lain la, tergedik2 x sabar nak tunggu baju tu sampai kat tangan aku. Almost 1 week aku tunggu. Akhirnya, sampai jugak parcel dari ZALORA kat ofis aku, so aku pun bukak lah kotak tu, tak sabar nak tunggu sampai rumah. Aku tgk nampak macam besar. Tapi aku macam ignore je la.. Angkat fon, terus call tunang aku, bagitahu yang baju nikah aku dah sampai.. Die dengan rilek2 cakap "ok la tu ma, atleast dah spai". Hek elehhhhh.. Aku pulak tak abis2 pikir, balik nak try, balik nak try..

Aku suruh tunang aku ambik fetch aku dekat LRT station, lepas tu pegi kat rumah mak, konon2 nak tunjuk kat mak lah baju tu.. Sampai2 umah mak aku pon show off la.. mase tu x fitting lagi. Adik perempuan aku dah jeling2.. Cepat2 aku masuk bilik and fitting.. Hak alahhhhh, besar!!! Besar satu hal. Ni, siap cutting badan aku x nampak langsung! straight! Arghh!! oh, no! Rase membazir je beli, pastu menyesal. Tu jela yang aku pk. 

Aku keluar dari bilik, tunjuk kat mak, mak ckp "ok, je". Adik aku plak cakap, "klo akak taknak, bagi la adik, adik xde baju raya lagi". Tunang aku plak,"ok, elok je"... Grrrrrrr.. Nape semua org camni.. Dah lah kain die gedabak! Adoiyai.. Measurement yang die bagi ngan yg aku dapat mmg jauh berbeza. Aku ingat klo besar, besar sikit je, ni mmg besar banyak ni.. Adoiyai, menyesal laaa.. Aku bukak balik dengan perasaan benggang n masukkan balik dalam kotak. Lepas tu suh tunang aku anta aku balik umah aku.

Sampai je dekat rumah, aku pon buat experiment, aku nak alter la konon, aku pun jahit jelujur bajet2 nak kecikkan.. bile aku pkai perghhh, lagi x de cutting.. Aku nye badan melebar, pastu dah susut, semua dah leper.. :( sedeh beb..

Aku teros post dekat FB page Jovian Mandagie kalau sapa2 yang bermninat nak beli.. Aku telak harga sama RM280. Sebab aku mmg x guna lagi baju tu. Just pkai untuk test je. Color Dusty Pink. So far x de lagi orang yang berminat. Dah dua kali aku pon entry tu kat timeline Jovian Mandagie, and almost everyday ade je orang yg post kat Timeline Jovian nak let go baju dorang.. Mostly, sebab tak muat, dek kerana size besar. Aiyoooooo....

So sapa2 yang berminant nak beli JIANA by JOVIAN boleh la contact aku ye, email lemon_juju84@yahoo.com.

Gambar baju aku upload kat sini skali klo sape2 yang tak tahu design dia macam mane. Sebab Semua design by Jovian Mandagie name lebih kurang je.. Semua starting by 'J'. Tapi aku beli bukan sebab nama aku pon start dr 'J' ye.. harap maklum..


ok, kat sini aku bagi measurement tuk size L ni skali ye... baik x aku.. :)

Size: L
Shoulder: 15.5in
Chest: 39.5in
Waist: 33in
Hip: 40in
Full Dress Length: 60in
Armhole: 21in
Sleeve: 22.5in
Cuff: 9.5in
Skirt Waist: 32in
Skirt length: 41in

~love peace~
JL


*****sorry, the dress sold out the same day I wrote this entry******

Monday, August 6, 2012

Teman Pengganti dan Hadiahnye

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulang tahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti

Aku kan pergi bertemu kekasih abadi
Tiba masanya kau cari teman pengganti

-------------------------------------------------------------------------

Dan Hadiahnye...
Sebuah lagu & TB buat aku..

Saat itu dah berlalu..
Tak ada apa yg boleh aku ucapkan melainkan Terima Kasih..

~love peace~
JL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...