Followers

Tuesday, September 18, 2012

Ambil buang - collect throw...

Assalamualaikum,

"Life is ALL ABOUT WAITING"





Love Peace
~JL~

Friday, September 14, 2012

Kronologi Persiapan Perkahwinan : Asid Folic Punya Cerita


Assalamualaikum,

Wah, bercerita pasal asid folic pulak. Aku tak banyak info sangat pasal asid folic ni.. Tapi ini adalah kesinambungan daripada test HIV hari tu. Nurse tu sarankan aku untuk mula makan asid folic. Bila aku tanya kenapa, (almaklumlah yang aku tahu orang yg pregnant je slalu makan bende ni..) Dia cakap maknan otak.. Apakah? otak aku ke? nak cakap otak baby, celah mane plak aku ade baby dalam perut ni.. :-p
Ok, setelah aku buat research melalui google je sebenarnya, hahahah. antara fungsi asid folic ni 

* diperlukan untuk pengeluaran tenaga & pembentukan sel darah merah
* menguatkan imuniti dalm pembentukan yang sesuai dan fungsi darah sel darah putih
* berfungsi sebagai co-enzyme dalam sintesis DNA dan RNA so penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sehat.
* membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" & "fetal" (yg mana penting untuk tumbesaran normal)
* terlibat dalam metabolisma protien
* digunakan dalam pencegahan & rawatan folik asid anemia
* juga membantu dalam depresi dan "anxiety" (pahamke?) 

 ni la rupa die.. aku dah makan seminggu..

Kat mana nak dapatkan asid folik ni? 
kat mane2 farmasi pon ade jual, macam-macam brand ada. Yang aku beli kat Guardian,KLCC kat counter farmasi memang murah. RM 9.50 je.. 1 set (untuk 3 bulan pemakanan) . Ada 100biji. Sehari sebiji. Warna kuning. Saiz dia kecik je.. leh je nak menelan.. Kalau beli brand Appeton tak silap aku harga die RM29.90 untuk 90biji.

Sumber makanan yang mengandungi asid folik macam, barli, daging lembu & kambing, bran, ragi (tapai), beras perang, cheese, ayam, buah tamar, sayuran hijau, hati, susu, mushroom, salmon, tuna, gandum & bijiran. :-) (mampu ke nak makan semua tu? dengan jumlah asid folik yang kita perlukan?)

Ada banyak lagi informasi tentang asid folik, tapi kesimpulannya, pemakanan kita mestilah seimbang dan berzat.. bukan main hentam je nak makan. Lagi satu, ramai yang ingat asid folic untuk perempuan mengandung je, tapi sebenarnya elok dimakan sebelum mengandung lagi, and continue mkn mase pregnant atau selepas pregnant. :-)

Semoga informasi yang tak seberapa ni, boleh kita kongsi bersama.. :-)

Love Peace
~jl~



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...