Followers

Saturday, September 1, 2012

Kronologi Persiapan Perkahwinan : Tanggal 31 Ogos 2012

Assalamualaikum..

Ha, aku amik kesempatan nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua warga negara Malaysia. :) Walaupun terlambat beberapa minit.. Tapi ape salahnye.. Walaupun ada antara kita yang bewarganegara Malaysia masih mengatakan kita masih dijajah dan tidak merdeka.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segalanya. =)

Ok, lets talk about my preparation. Disebabkan Hari Merdeka kita diberikan cuti. Walaupun di dalam suasana hari raya ni. Aku cepat-cepat nak settle-kan mana-mana hal yang patut di-settle-kan. Bermula dengan pegi buat ujian HIV di Klinik Mediviron Setiawangsa.. Ini adalah kerana klinik-klinik kerajaan telah menghentikan khidmat ujian HIV untuk sementara waktu sehingga diberitahu. Tapi, mengikut cakap cikmek molekk mase aku call tu, dia cakap bagi bakal pengantin yang majlisnya akan berlangsung dalam mase terdekat sehingga hujung tahun, disarankan buat je ujian HIV tu di klinik swasta, sebab tak tahu sampai bile dorang hold perkhidmatan tu di klinik kerajaan. Lepas buat ujian HIV di klinik swasta, kita kene bawak ke klinik kerajaan, lepastu dorang akan set kan tarikh baru appointment untuk endorsement.

Cerita pasal ujian HIV ni, pengalamannya tak sama ye tuan-tuan dan puan-puan... eh, bakal-bakal pengantin semua. Mengikut cerita kawan aku.. "eh, die just click je kat jari ko, pastu dah.. Dia amik darah sikit je".. katanya... Aku tak kisah sangat sebab aku tak takut bab-bab amik darah ni. Dah berapa kali aku pernah kene ambil darah dulu.. Masa dok test suspek denggi. Nak di jadikan cerita, dekat klinik yang aku buat test ni, takde internal lab. Dia akan hanta dekat branch lain. Masa dalam 2 hari baru dapat result. Charge dia, sorang 40hengget.... hambekk

Gambar hiasan semata-mata.. Walaupun ini bukan tangan aku. Tapi macam ni la tadi..


Selesai amik darah.......

...................................................................................................................................................................

Selesai bab pertama, kitorang bergegas pergi tengok kad kahwin... Hajat di hati kalau dah jumpe yang berkenan book je teros. Malas dah nak pikir-pikir. Mende lagi 3 bulan je nih.. alahai... Sampai-sampai je dekat kedai kad tu, betul-betul dekat sebelah tempat kitorang amik kursus kahwin hari tu. hihi.. Tengok-tengok, belek-belek, aku berkenan kat ade satu kad ni.. Padahal aku memang da survey online. Aku just tunjuk reference tu kat abang tu kalau dia boleh buat. Nak ke jalan pudu amatlah malas. Lepas isi form, settle-kan deposit. pastu chiow..

Selesai bab no dua.
...................................................................................................................................................................

Begegas pulak ke sri rampai, nak pergi hanto baju pulak, kali ni aku men redah je.. Auntie tu sempoi je.. First try ni.. Mase measure aku berdoa-doa dalam hati semoga baju aku nanti takdelah rupenye jadi pelik.. hihi... Selesai bab baju nikah.. Sepasang laki dan perempuan..

Perut pun dah lapar, lepak Ali Maju.. tertelan nasi goreng pataya pulok... hihihi..

Itu je lah aku nak share.. :)

Love peace
~jl~

2 comments:

  1. thanxxx for ur info pasal ujian HIV di klinik swasta tu.. bole saya tau brapa lama nk dptkn endorsement from govt hospital yer?

    ReplyDelete
  2. Hi Nadia,
    Untuk endorsement, gov clinik bagi hari yang sama, ikut hari yang kita datang appointment tu.. so, no worries. Amik cuti sehari je ;p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...