Followers

Tuesday, March 29, 2011

aku tetap mahu pergi

Penulisan atau catatan yg bukan inginkan sesiapa untuk menyumbang simpati, cume luahan ati yang x mungkin tak dapat dikongsi dengan sesiapa yg memahaminya.... aku masih tetap disini, menangis ketawa, berlari, sembunyi, mencari apa yg perlu aku miliki untuk aku jalani titik2 perjalanan hidup yang aku impi. Dlm hati yang kadang terdetik, mencari jawapan yang sudah tentu takkan aku dapati.

Keluh aku bukan untuk mempersoalkan tentang takdir yg telah ditentukan. Syukur aku atas segala yg aku miliki atas apa yang aku usahakan, satu persatu menampakkan hasil. Semuanya bagai telah disusun. Mahu mengeluh takut diragut semua keajaiban.

Hati pernah merasa terluka, bila di gelak tawa. Hati pernah perit menanggung luka. hati pernah menangis tak tentu hala. Namun pegangannya sama. Walau jatuh aku, walau bangun aku, walau dibuangnya aku. Aku tetap yang dulu.. Tetap kuat semangat aku..

Hampir terjatuh, tetapi tidak tersungkur. Atas pengalaman yg dulu, aku tetap mahu menempuh. Kesabaran aku tetap sentiasa diduga, namun tiada cerita dapat digambarkan. Tangisan aku bersama dia. Namun terkadang hanya aku. Aku redhai perjalanan ini, walau badai melimpah melanda. Di setiap kalimah, di setiap susunan cerita, aku masih percaya akan setiap hikmah disebaliknye..

love peace
~jl~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...