Followers

Wednesday, August 31, 2011

Eid-Fitri 2011

Salam Eidulfitri, Salam Merdeka Raya for year 2011. :)

Hari ini adalah hari kedua menyambut Syawal. Aku kat rumah cam biasa. Bangun pun jam 11pagi tadi.. Awal pagi tadi je cam kecoh2 sikit, sebab mak, kak su and anak2 buah sume bersiap2 nak balik kg dekat Tg. Karang. Biase la dah jadi rutin, raya ke-2 @ ke-3, mmg adik beradik mak akan berkumpul disana. Aku? Kadang-kadang kene pakse gak ikot. hihihih..

Sementara ngah ade mase sikit ni, aku mengadap la screen 24" aku ni.. Lepas ni da kene start wat cuppies. Bz sikit la..

Tema sambut raya tahun ni, kat umah aku sederhana gile2.. hahaha,cookies pon sume last minit, aku pun x sure ade brape jenis. Aku dok bz nak settlekan pasal Candy buffet raya ke-4 nnt. Tapi preparation mmg aku x stop2 buat, since last month.. This week plak, bz nak settlekan food2 die lak..

Actually aku banyak lagi tinggal nak settlekan, tapi xtau la asal la badan aku lemau sgt.


Family saya

adik saya

family lagi :)

lalallala- syiok sendri

with him

otw ke umah bakal mertua.. woot woot!!

ok2.. tukar baju n beraya di cinema.. huhuu


***end***


Love peace
~jl~



Tuesday, August 30, 2011

the best things

the best things - when he said that he love me, and love me, n love me, n love me.. more n more.. each n every single of his breath, is only me.

the best things - when he hug me in his arms till i cant feel any loose space between me n him 'us'..

the best things - when he promise, he never want to leave me in any situation..

the best things - when he cry just to say he never want to lose me..

the best things - when he finally say he wanted to marry me...

love peace
~jl~








Monday, August 29, 2011

Kental, Cekal

nak menyusun strategi HIDUP kene lah KENTAL
nak harungi jalan yang BERDURI kene lah KENTAL

nak membimbing ORANG kene lah CEKAL
nak BERJAYA kene lah CEKAL

KENTAL, CEKAL..
CEKAL , KENTAL...

p/s: kene KENTAL dan CEKAL, BERUSAHA & ISTIQAMAH.....

Saturday, August 27, 2011

Persamaan

Persamaan?
ini bukanlah persamaan linear yang mengenal pasti dalam satu anu atau dua anu.. atau persamaan serentak- suatu set persamaan yang mengandungi pelbagai pembolehubah.. lebih kurang je kan maksud nye.. hahahah x payah nak pening kepala berfikir tentang persamaan dalam fomula matematik yep..

I just wondering, persamaan dalam relationship korang.. Ramai yang cakap, kalau kita suka bende yang partner kita suka so kita akan senang or selesa dlm relation. Tapi betul ke?

Contohnya, gf suka tengok movie, bf pon sama TAPI gf suka citer romantik, bf suka citer action atau pun Sci-fi. So kat mane nak cari persamaan atau keserasian tu.

Contoh 2, bf & gf suka camping @ hiking, BUT they only loves to do that with their own friends.

Bila kita suka bende yang sama adakah menjadi satu kemestian dalam relation kita tu?

Antara ciri yang dikongsi adalah rasa persetujuan (agreeableness), keterbukaan (openness), persamaan dalam prinsip kehidupan (conscientiousness), manakala bersikap meluahkan (extroversion) dan kestabilan emosi (emotional stability) tidak memainkan peranan dalam memilih pasangan - German Institute for Economic Research merekodkan “lima ciri utama’ dalam lebih daripada 6000 pasangan.

Penyelidik daripada University of Texas, Austin membuat penilaian tentang khidmat mesej IM selama 10 hari untuk 68 pasangan. Mereka menemukan bahawa, semakin banyak wanita menggunakan perkataan “I”, semakin tinggi perasaan gembira mereka alami. Tetapi, semakin banyak lelaki menggunakan “you” or “me”, semakin rendah perasaan gembira wanita alami.

Penyelidik daripada universiti ini membuat kesimpulan bahawa penggunaan “I” yang kerap mungkin menjadi tanda bahawa mereka lebih bersikap terbuka dalam perbualan dengan pasangan mereka. “You” menggambarkan penuduhan, bersikap mengejek dalam diam “sarcastic” juga boleh menunjukkan sesuatu yang tidak sihat dalam perhubungan.

Moral of the story: Mula perhatikan mesej-mesej yang anda terima. Ada tanda-tanda ini? Jika ada, he might not be so into you.

Sumber : Fakta Cinta, Fakta Menarik Tentang Wanita, Lelaki dan Hubungan. ~ ~Teratak I-City~

Pelik bukan?

Bila kita jumpa 'partner' yang sekepala tapi kadang-kadang kita masih mencari-cari kelemahan untuk dijadikan alasan ketidak keserasian. When actually, physically have seen perfect.

Macam mana pulak bila 'partner' kita tak sekepala but then they can understand what we want or what we need in certain things?

contoh: gf suka shopping TAPI bf tak suka, tapi bf boleh bawa gf pergi shopping or else window shopping sampai lulut longgar.

contoh 2: gf x tengok atau melayan football game, BUT bf pulak suke. Gf ikot jugak pergi tengok tanpa banyak songeh.

So macam mana?

Aku ada terbaca satu (1) , women do not love men who are too polite, it's too fake and not interesting at all. Be wild and naughty Sometimes, if you are, that's the charm you have. - Really?

Persamaan macam mana yang sebenarnya kita cari dalam relation kita? Untuk jangka panjang atau jangka pendek? Itulah persoalannya.

Jika pada mulanya kita melabelkan pasangan kita, sebagai seseorang yang amat memahami kita, tetapi kenapa ada di antaranya berpisah atau bercerai kerana tidak bersefahaman, tidak serasi, tiada persamaan antara mereka? Adakah pernyataan semata-mata atau sememangnya mereka tidak pernah mempunyai ciri-ciri persamaan atau kesefahaman?

Hargailah dengan apa yang kita ada. Bukan menunding jari diatas kelemahan masing-masing. Beri peluang untuk mengenali hati masing-masing. Sentiasa berdoa semoga di tetapkan hati kita. Jangan la terlalu mengikot perasaan yang membawa PENYESALAN. Apa-apa pun, kita yang merancang Allah yg menentukan. Just berusaha dan bertawakal, insyaallah ada hikmah yang diturunkan.

Penulisan ini tiada kene mengena dengan sesiapa, just nak ingatkan diri sendiri. :)

So serious kan aku? hahahha.. lets your mind free.. :)

love peace
~jl~

RAYA 2011!!

Hye semua....

Dikesempatan ini, saya JULIA LATIF @ jue@ juju, ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf diatas segala kelemahan saya yg menyebabkan anda-anda semua terkecil hati, terambil hati, termakan ati atau 'ter'apa-apa sekali pun.. Mohon maaf dr kalian ya..
Semoga Aidilfitri tahun ini member 1001 makne dalam hidup anda.


Kepada rakan-rakan yang pulang ke kampung halaman masing2, ataupun ke kampung mertua harap korang-korang memandu dengan cermat.. Tak kisah la lambat sampai ke ape ke, janji uols selamat. Ingatlah orang tersayang :)

"Speech nak bek2 jekk" hahahahha.

Selamat Berhari Raya, Selamat bercuti panjang...

Love peace
~jl~




Friday, August 26, 2011

Maaf

YOU!
I hate U!
I broke Ur heart!
Please forgive me ya...
All the best for you!
U will happy w/o me..
(thinking of u)

~sigh~


love peace
~jl~

Sunday, August 21, 2011

entah jadi entah kan tidak

serabot habaq ang.. tak tau nak start kat ane.. :) (bajet cam da x leh settle la kunun2)...
Tahun ni kununnye nak jahit baju sendri la, ngan baju 'gula hati'... Theme x tau la kaler ape.. tapi men beli jek kain.. Tak macam tahun bebelum2 ni.. perabis beratus2, berpasang2 baju.. Baju aku pon berlambak yg x pakai2 lagi. Silap2 aribulan mmg kene makan dek lipas..

Semalam kua, g nagoya, nak ke jalan TAR mmg x larat. Lagi pun dah tau dah mesti pack gile.. Ntah la raya tahun ni x excited cam sblm2 nih.. Mungkin sbb dok pikir pasal keje berlambak2, n xde mase nak beraya ke sana sini (bajet2)

So, aku dah pilih la kain yang x seberapa, tapi cam dah abis duit gak la.. :) kain cotton je kot.. Grrr.
ni la kain tuk baju kurung saya :)

*

*

*

*

*

kain baju melayu tuk DIE

*

*

*

*

*

kasut?????

*

*

*

*

*

then, tetibe mak cakap tahun ni theme kaler purple... apakah maknenye itu? kene beli gak baju ke??? pening2....

Ni dah lame x jahit baju melayu nih.. failed bab nak jahit seluar la nih.. mende rare.. dah lame x pegang tali tape nak ukoq kat badan lelaki nih.. zasss.. Ntah jadi ke tidak ntah.. tunggu saja ya.. :)

* pape pun baju melayunye kene siapkan jugak.. Tuannya sedang menunggu... :p
* mood: ngah moody nih (nak pakai kaler ape sebenarnye nih???)

love peace
~jl~









Tuesday, August 16, 2011

Persiapan Raya

baju raya - n/a
kuih raya - n/a
kasut raya - n/a
beg raya - n/a
langsir raya - n/a

***************************
apakah maknenye semua diatas???


~jl~
love peace

Sunday, August 14, 2011

Meraung

Ni bukan perkara boleh dibuat main-main.. Kadang2 leh mendatangkan sakit jiwa ni.. Aku rasa bukan aku sorang jek yang rase mende ni. :(

Kamu mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Dan ia membuatkan kamu betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia berlaku kamu mungkin nak tinggal di rumah saja dan tidak mahu pergi ke sekolah atau kerja.

Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:

Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:

Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.

Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:

Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.

Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Saya telah mengalami dismenorea sejak lima tahun dahulu semasa saya berumur 13 tahun. Perlukah saya berjumpa doktor?
Sekiranya kamu mengalami dismenorea sejak pertama kali kamu period, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Jadi kamu tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan:

  • Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
  • Sakit kepala yang berdenyut-denyut
  • Muntah atau mual/loya
  • Sakit kaki dan bahagian belakang badan
  • Pergerakan usus yang tidak sekata
  • Pitam

Kesakitan Dismenorea: Bila perlu berjumpa doktor
Sakit tidak didapat dijangka. Siapa yang mahu sakit? Tetapi kesakitan yang kamu rasai kerana dismenorea boleh membantu kamu memahami apa penyebabnya. Jadi sila beri perhatian!

Kamu akan tahu yang kamu mengalami dismenorea primer apabila:

  • Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu period atau 6 hingga 12 bulan selepas itu.
  • Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan period.
  • Dua hari pertama haid adalah paling sakit.
  • Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan period.
  • Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki.

Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan period dan berpanjangan selama 3 hari, dan dengan dismenorea kamu juga menyedari beberapa benjolan di dalam abdomen, frequent muntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor. Sekiranya kamu aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, kamu harus mendapatkan pemeriksaan doktor.

Adakah saya akan mengalami senggugut selama-lamanya?
Adalah lebih elok sekiranya kamu tahu yang kamu mengalami dismenorea primer atau sekunder. Dismenorea primer terjadi kepada wanita yang ovarinya hanya mengeluarkan sebiji telur setiap bulan. Golongan wanita ini mempunyai kitaran haid yang normal dan akan period setiap bulan. Sesetengah perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila kamu semakin tua dan tubuh kamu berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan progestrone, kamu tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini, dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya kamu tidak akan menderita selama-lamanya!

Apabila dikesan yang dismenorea kamu disebabkan jangkitan atau pertumbuhan tidak normal seperti sista atau polips, jadi ia harus dirawat terlebih dahulu oleh doktor. Sebaik sahaja penyebab disemenorea sekunder dirawat, kesakitan mungkin berkurangan atau hilang.

Bolehkah dismenorea dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Kamu boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan kamu:

  • Perbaiki diet kamu: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman kamu: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

Saya menjaga pemakanan dan bersenam tetapi sakit masih tidak hilang. Apa yang perlu saya buat?
Dismenorea boleh menyebabkan kesakitan yang teruk. Ketika ini, mungkin kamu hanya mahu baring sahaja di katil. Kamu mungkin tidak mahu melakukan apa-apa ketika mengalami dismenorea tetapi seeloknya kamu tidak harus membiarkan kesakitan terus menular. Kamu boleh melakukan perkara-perkara di bawah untuk menolong mengurangkan kesakitan:

  • Lakukan sesuatu! Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Kebanyakan pil penahan sakit boleh didapati di kebanyakan kedai dan sangat berkesan. Kamu boleh meminta pertolongan ibu atau kakak untuk membeli pil ini. Ingat antara tanda-tanda dismenorea. Pastikan kamu makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang dismenorea.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit
ihsan dr ---> www.kotex.com.my/body-and-you-kesihatan/period/perihal-senggugut.aspx

Huwaaaaaaaaaa.... akit nyeee...

Wednesday, August 10, 2011

Beautiful Bliss Creative: Cuppies!!

Beautiful Bliss Creative: Cuppies!!: "CUPCAKES~!!! Please do email us at beautifulblisscreative@gmail.com for enquiries ~love peace~ juju"


Friday, August 5, 2011

Malaysia vs Singapore

wahhh, terlambat nak update kat sini la..
a little bit upset ngan game ari tu.. tapi walau macamane pun tetap nak cakap TAHNIAH dekat team malaysia!!

macam monyet dapat pisang.. ske gile wat tatoo ni :)
Aku la yg spoil kan pic ni, sbb pegang 'plastik' (bekalan makanan sy tu)

Betol2 1 Malaysia.. hakhaktuihh!
Tak dan nak nyorokkan kaki masing2... :))

ex-school mate yg da bertahun x jumpe... aleale..

Sesak gile der....

bajet2 la ni.. kelam kabot cari seat, last2 mmg kat atas gak.. GRRR...

ok2.. sy tau sy comel...

walaupun dah agak kecewa time ni, tapi leh posing2 agi...



time 1st goal from m'sia.. owh muke sy xde mase ni.. :D

kekecewaan yang terserlah... no komen...

~I LOVE MALAYSIA~
Love peace
~jl~



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...