Followers

Saturday, May 4, 2013

Honeymoon Part 2 : Day 1

Hari pertama kami, sampai-sampai di terminal 2 di kota kinabalu, cergas kami contact Alex yang sewakan kereta kat kami. Harga sewa amatlah berpatutan ye. Kiraan 24jam dari masa yang kita ambil, kalau kata kita sampai tu pukul 2petang, maknenye 2 petang keesokan harinya baru dikire 1 hari. Aku bayar terus untuk 2 hari, Walaupun nak pakai dalam 3 hari. Kami amik kerete viva je pon. Sewa Rm120/hari tapi memang ade diskaun. Lepas tu kalau selalu amik kereta dengan die kat sane, memang lagi banyak diskaun la dapat. :)
Ni baru berlepas

Depan kami ade budak kecik yang mak ayahnye buat tak tau 
anak die dok ketuk2 cermin dan buat bising

Nak landing tapi belum nampak terminal lagi


Ok ni baru nak landing betui punya

Setelah penyerahan kunci kereta kepada kami. Kami terus la bergegas bertolak ke kundasang. Peta? Owh kami pakai GPS sajew. hihihi. Masa dekat airport aku ada jugak amik brochure. Mana tau nak pergi tempat-tempat yg takde dalam list aku tapi fofular dekat sane.

Pejalanan nak ke kundasang dari terminal makan masa dalam 1 jam 45minit, termasuk kami berhenti isi minyak penuhkan tank. Temasuk jugak beberapa kali di halang oleh lori2 besar yang menyebabkan kereta panjang beratur. Jalan dia lebih kurang macam jalan nak ke Cameron Highlands tapi version tak banyak selekoh tajam.. 

 
Yeay dah sampai!!!...

 
Suwit tak kami? hihihihi

Selepas check in, kami jalan-jalan di kawasan sekitar resort sahaja. Sebab sebelum sampai tu sempat singgah KFC bawak bekalan. Lepas tu malam kami dinner awal kul 630 dekat resort jugak. Lepas tu tidoq awai sebab esok nak bangun pagi. Best gile. Rasa nak pergi lagi.. hihihi.

Love Peace
JL

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...