Followers

Tuesday, July 2, 2013

Weekend Getaway {IPOH} :::Lost World of Tambun ::: DAY 1




Kami plan memang nak buat small trip on weekend.
Dah banyak kali plan, asyik tak menjadi.
Trip ni pun hampir tak jadi, tapi sebab dah bayar duit homestay so kami pergi la
Kami seramai 9 orang. Naik 2 kereta.
Perjalanan dalam 2 jam nak ke sana.
7.30am Berkumpul di Puti Bungsu Jalan Yap Kwan Seng. Lepas tu terus ke kg Baru breakfast roti canai melayu. Cheh!





Dalam pukul 8.30 pagi kami bertolak menggunakan Lebuhraya Utara -Selatan.

 

Dalam kereta ada GPS, macam biase le, lepas dari tol Ipoh GPS suruh jalan terus lagi, padahal dah nampak signboard masuk kiri ke Lost World of Tambun, memang dah tak jauh. So, kene alert la jangan bergantung sepenuhnya dengan GPS

Sampai-sampai je di Tambun, terus ambil kunci rumah homestay, rumah dia sangat lah terpuas hati, selesa untuk kami 9 orang.
Harga untuk 1 malam RM228, (so bahagi 9 orang = RM25.40)
Sepatutnya sampai sana kene bagi security deposit lagi RM100, dia akan pulangkan balik masa check out.
Tapi die tak ambik pun, die kata "it's ok. I trust you" boleh?

http://www.ibilik.my/short_term_rentals/151392/syabas-homes-ipoh-lost-world-of-tambun

20130225_111409_view 20130225_111409_view

20130225_111409_view 20130225_111409_view

20130225_111409_view

Dari Homestay ke Lost World of Tambun, dalam 10 minit je. lagi pun tak susah jalan nak pergi dari rumah ni.

:::Lost World of Tambun:::

Lepas ambik kunci, kami bergerak ke Lost World of Tambun. Alhamdulillah, sampai jugak kat sini.

Bayaran masuk sebanyak RM48/person untuk yang dewasa la. Kanak-kanak tak berapa nak pasti.

  
 
  
  
 
 
 
 

Lepas dah masuk Petting Zoo, baru rase lapar gile. Kat sini Bajet makan memang seorang RM10 ke atas. Semua makanan anggaran dalam RM6.50-Rm7 dan minuman RM3.

Loker di LWOT tak berapa nak besar ye. Jadi jangan berangan nak bawak masuk beg besar 30l, macam kami dari KL ni, memang beg semua besar2. Silalah bawa baju mandi & baju persalinan saja untuk disimpan di dalam loker. Harga loker RM10. Boleh bukak tutop berulang kali.

 
 

Kami dah plan basah-basahkan badan dulu, sebelum naik gelongsor air tu.. haha

    

Part nak naik gelongsor ni yang menyirap ye, almaklumlah, kita kan berpakaian mandi muslimah yang x berapa nak muslimah, asal boleh je. Bukan pakai yang officially muslimah swimming suit. So lifeguard tu tak bagi naik.. huwaaa. dah la kite memang suka main semua ni. Dah beratur pulak tu.. Haih
Tapi ade lagi satu yg kite boleh naik.. tu pun sebab dorang sporting ok.. Yehaa

    
 

Lepas main gelongsor tu kami pi kat tiger trail. Pergh, macam main mainan kanak2.. boleh la nak wat release tension menjerit2. Masa kita naik tu memang ade orang snap gamba, so kalau berminat boleh lah beli.Harga tak berapa nak pasti.

  

Puas naik roller coaster tu, ade pertunjukan Harimau. Dalam pukul 3 memang waktu diaorg bagi makan. So dapat la tengok. Sedih gile time ni, touching pulak tengok bagi Harimau makan macam tu. Sebab kita kan bela kucing.. hahaha.



Ok, takmo sedeh2.. Jom, pergi water park..
Untuk pengetahuan umum, tempat mandi die macam kecik je bagi aku. Dengan org yg ramai, nak swim mmg x dapek la, mau terpegang kaki orang. Wave pon x raso habaq hang.
Rating 1-10, aku bagi 4 je. hihi.

Ayaq dia kotor sikit


             

Selesai mandi dalam pukul 4.30. Kami segera ke toilet untuk bersiap. Gila ramai orang dalam toilet, LWOT tutup dalam pukul 6 petang, so ramai yang dah mula bersiap nak balik.

 
 
 

Lepas bergambar ni, kami terus bertolak ke Homestay. dalam perjalanan tu memenag lapar gile, so berhenti kat kedai mamak, minum petang makan roti canai. Simpan perut untuk makan malam di Nasi Vanggey.

*****************************************************************

:::Nasi Vanggey:::

Perhatian kepada sesiapa yang plan datang dari jauh, nak makan nasi vanggey ni. Sila datang waktu tengahari, Macam kami ni, ingat nak makan malam, tapi bile pergi sane, lauk dah tak banyak.
Tapi bak kata ramai orang yang dah pergi sana, memang muroh.. Estimation, seorang RM5 tak termasuk air.







Lepas makan kami pusing-pusing di Ipoh town, tapi biase la, dataran Ipoh pon dah gelap. Ingat nak amik gambar tapi x berhenti pun. Kami tengok dari dalam kereta je. Tak tahu nak lepak mane. Ada pasar malam, macam dekat Downtown Cheras tapi pasrking agak susah nak cari.. Kami pusing-pusing lagi kat situ dalam 2 ke 3 round, lepas tu teros balik homestay.

Sampai dekat homestay, kami tak terus tidur pon, layan cerita Dangerous Bangkok- tayangan di TV3. Habis je sambung tengok Fast Five (DVD) oh ye, rumah tu ade Astro and DVD Player ye.

  

************************************************************************







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...