Followers

Showing posts with label honeymoon kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label honeymoon kota kinabalu. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

Honeymoon Part 2 : Day 1

Hari pertama kami, sampai-sampai di terminal 2 di kota kinabalu, cergas kami contact Alex yang sewakan kereta kat kami. Harga sewa amatlah berpatutan ye. Kiraan 24jam dari masa yang kita ambil, kalau kata kita sampai tu pukul 2petang, maknenye 2 petang keesokan harinya baru dikire 1 hari. Aku bayar terus untuk 2 hari, Walaupun nak pakai dalam 3 hari. Kami amik kerete viva je pon. Sewa Rm120/hari tapi memang ade diskaun. Lepas tu kalau selalu amik kereta dengan die kat sane, memang lagi banyak diskaun la dapat. :)
Ni baru berlepas

Depan kami ade budak kecik yang mak ayahnye buat tak tau 
anak die dok ketuk2 cermin dan buat bising

Nak landing tapi belum nampak terminal lagi


Ok ni baru nak landing betui punya

Setelah penyerahan kunci kereta kepada kami. Kami terus la bergegas bertolak ke kundasang. Peta? Owh kami pakai GPS sajew. hihihi. Masa dekat airport aku ada jugak amik brochure. Mana tau nak pergi tempat-tempat yg takde dalam list aku tapi fofular dekat sane.

Pejalanan nak ke kundasang dari terminal makan masa dalam 1 jam 45minit, termasuk kami berhenti isi minyak penuhkan tank. Temasuk jugak beberapa kali di halang oleh lori2 besar yang menyebabkan kereta panjang beratur. Jalan dia lebih kurang macam jalan nak ke Cameron Highlands tapi version tak banyak selekoh tajam.. 

 
Yeay dah sampai!!!...

 
Suwit tak kami? hihihihi

Selepas check in, kami jalan-jalan di kawasan sekitar resort sahaja. Sebab sebelum sampai tu sempat singgah KFC bawak bekalan. Lepas tu malam kami dinner awal kul 630 dekat resort jugak. Lepas tu tidoq awai sebab esok nak bangun pagi. Best gile. Rasa nak pergi lagi.. hihihi.

Love Peace
JL

Tuesday, April 16, 2013

Honeymoon Part 2 : KL-Kundasang-KK-KL 4h3m

Yey, seronoknye dapat honeymoon lagi (honeymoon ke?)..
Kami decided untuk Stay 4hari 3 Malam.

So itinerary kami adalah:-

10 April 2013
Depart at LCCT - KK
Arriving in  KK
Dari Terminal 2 ke Kundasang
Check in Kundasang Pine Resort
Melawat Kawasan Sekitar
Berehat

11April 2013
Breakfast
Check out
Melawat Kundasang Memorial War
Melawat Desa Dairy Farm
Melawat Kinabalu Park
Ke Kota Kinabalu
Check In Gaya Centre Hotel
Lunch
Berehat
Dinner at Pasar Filipin
Watch Sunset at Tanjung Aru Beach
Berehat di Hotel
Supper seafood di Pasar Filipin

12 April 2013
Tak sempat breakfast (patutnya sempat, kami yang kelam kabut ingat tak sempat)
Beli tiket boat di Jesselton Jetty
Ke Sapi Island & Manukan Island
Snorkeling
Return to Jeseltton Jetty
Lunch+Dinner (sebab tak sempat breakfast terus makan macam gile)
Return to Hotel
Tertido sampai pagi esok nye.. (penat ber snorkeling la ni)

13 April 2013
Breakfast
Check Out
Jalan-Jalan beli souvenir
Pukul 12.30 Flight pukul 3.00ptg

Nanti kite upload gamba ye..

~love Peace~
JL









           



Monday, April 1, 2013

Honeymoon Part 2: Tak puas-puas nak honeymoon




Semenjak dah kahwin ni, perkara yang paling best skali bila dapat husband yang sporting dan boleh share semua bende dengan die. Kadang-kadang tu, sampai tak boleh nak berenggang lama-lama.. Rase sunyi pulak bile die tak de. Bila dah ade suami yang boleh bawak kita ke mana-mana ni, kawan tak ajak kite jalan-jalan pun tak pe (hat ni statement sombong! hahaha) sebab shusband kite akan bawak.. Mengidam la ape-apa pun, (walaupun tak pregnant lagi) suami akan tetap cube dapatkan untuk kita.. Suwit bukan.. Harap akan berkekalan sampai ke hujung hayat kami...

Cett, merepek lagi.. By the way, ticket pun dah beli.. Next jalan-jalan kita ke Kota Kinabalu, Sabah pulak...
Macam biase, aku la orang yang sebuk nak buat hotel booking, nak plan itinerary, nak cari kereta sewa. Bak kata cik Husband, asalkan aku happy.. (perli ke ape tu?) hihhi.

Yang paling penting mase pergi sane nanti, aku nak pergi Kundasang..


Nak buat parasailing dekat manukan island

nak snorkeling puas-puas

Tak sabarnya nak pergi.. Now prepare itinerary nanti kite update ye.. boleh sharing kan.. :)

Love Peace
~JL~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...