Followers

Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Weekend Getaway {IPOH} :::Kellie's Castle /House::: DAY 2

:::Roti Arab M.Salim:::

Kami check out awal, sebab nak breakfast kat luar dan kami akan teruskan perjalanan ke Kellie's Castle.

 

Surprise Birthday Cake for Amélie.. Joyeux Anniversaireee!!!
Kisah nak pergi kek ni pun macam-macam. Almaklumlah, pagi kan? Kedai banyak tak bukak lagi plus hari minggu, banyak kedai yang tutup. Tapi akhirnye dapat jugak kek ni.

 

Kat sini roti arab die memang sedap. Makan dengan sardin, memang POM!!
Sorry tak sempat nak ambik gambar. Makanan dah habis baru teringat. tehehehe.. Jangan marah ha..

*********************************
Perjalanan lebih kurang 20 minit dari Bandar Ipoh ke Kellie's Castle


Harga Tiket masuk RM 5 untuk dewasa (MYKAD), RM 3 Pelajar, Pelajar Sek Men. Pelajar Sek. Keb atau kanak-kanak. OKU Free. Foreigner RM7. Untuk fotoshoot pengantin bayaran masuk adalah RM50

Waktu Buka dari 9 pagi ke 6 petang.

 
 
 

*********************************
Sila Baca kenyataan dibawah ini dengan hati-hati ye.. :)

::: Kellie's House - Bilik Sembahyang :::


   

*********************************
::: Kellie's House - Balkoni Serambi Berhantu :::

  


*********************************
::: Kellie's House - Ruang Tamu :::




*********************************
::: Kellie's House - Rumah Pengawal & Bangsal Kuda :::


 
Tak tahu lah betul ke tidak pasal bau kemeyan tu....

*********************************

::: Kellie's House - Dining Hall :::

 

 

*********************************

::: Kellie's House - Bilik Linen :::

Dalam bilik ni gelap.. Tak ambik gamba pun...

*********************************

::: Kellie's House - Lift  :::

 

 

*********************************


 
::Gambar Pekerja-Pekerja dari tukang masak, tukang kebun, jaga dan lain-lain::


Ada satu kuil yang berdekatan di situ. Kuil lama, kat atas bumbung kuil tu ada patung-patung dewa-dewi yang mereka (pekerja) sembah termasuklah patung yang menyerupai William. Mengikut cerita, ada satu kawasan dekat situ juga kebanyakan penduduknya (pekerja lombong) mati disebabkan penyakit (taun kot). So kepercayaan masyarakat India di situ, kene bina kuil untuk mengelakkan kejadian itu bertambah buruk. William telah bersetuju dan menangging kos pembinaan kuil tersebut.Mengikut cerita lagi, pada tahun yang sama William mengalami masalah kewangan dalam syarikatnya jadi ini adalah antara salah satu nazar beliau untuk memulihkan kembali kewangan syarikatnya.


Kenangan William dan Agnes minum petang bersama rakan-rakannya.


 
::Gambar William & Agnes Smith::

 
Dikatakan, William mendirikan rumah ini atas rasa cinta beliau kepada isterinya Agnes Smith dan anak perempuan beliau Kella. Pengikut cerita lagi, rumah ini dipercayai mempunyai 4 lorong bawah tanah.Sebelum ni boleh masuk1 lorong bawah tanah tapi telah ditutup kerana terlalu gelap dan bahaya disamping berlaku bermacam-macam gangguan. Jauhnye lorong tu bermeter-meter dan salah satu lorong die tembus ke kuil. Ini adalah hasil penemuan mereka yang terlibat dalam pembesaran jalan kawan tersebut.Yang lagi pelik, masa dorang lalu kat dalam lorong bawah tanah tu, ada satu lorong dorang jumpe kereta hitam. Tapi bila datang balikkat kawasan tu, kereta hitam tu dah takde.. haaaa kesahnye.. tak tahulah betul ke tak. sebab die memang ade tulis kat situ.
*********************************
::Seisi Bergambar::
           
           
           
 
  
  
 


Selesai melawat, kami teruskan lagi perjalanan pulang ke KL

Sempat singgah di R&R Tapah, beli buah.. bunyi macam beli banyakkan? Tapi beli buah jambu dengan kuah rojak Mak Bee.. Pergh, nk meleleh air liur.

  
Kalau singgah R& R Tapah jangan lupe beli ok.. Pedas, Manis,berkacang.. hihihi

*********************************
Akhirnya habis jugak aku tulih pasal Weekend Gataway {IPOH} ni, kalau tak selalu pending je dok kat draf.. huhuhu.

Weekend Getaway {IPOH} :::Lost World of Tambun ::: DAY 1 - Klik sini


Love Peace
~JL~
















Tuesday, July 2, 2013

Weekend Getaway {IPOH} :::Lost World of Tambun ::: DAY 1




Kami plan memang nak buat small trip on weekend.
Dah banyak kali plan, asyik tak menjadi.
Trip ni pun hampir tak jadi, tapi sebab dah bayar duit homestay so kami pergi la
Kami seramai 9 orang. Naik 2 kereta.
Perjalanan dalam 2 jam nak ke sana.
7.30am Berkumpul di Puti Bungsu Jalan Yap Kwan Seng. Lepas tu terus ke kg Baru breakfast roti canai melayu. Cheh!





Dalam pukul 8.30 pagi kami bertolak menggunakan Lebuhraya Utara -Selatan.

 

Dalam kereta ada GPS, macam biase le, lepas dari tol Ipoh GPS suruh jalan terus lagi, padahal dah nampak signboard masuk kiri ke Lost World of Tambun, memang dah tak jauh. So, kene alert la jangan bergantung sepenuhnya dengan GPS

Sampai-sampai je di Tambun, terus ambil kunci rumah homestay, rumah dia sangat lah terpuas hati, selesa untuk kami 9 orang.
Harga untuk 1 malam RM228, (so bahagi 9 orang = RM25.40)
Sepatutnya sampai sana kene bagi security deposit lagi RM100, dia akan pulangkan balik masa check out.
Tapi die tak ambik pun, die kata "it's ok. I trust you" boleh?

http://www.ibilik.my/short_term_rentals/151392/syabas-homes-ipoh-lost-world-of-tambun

20130225_111409_view 20130225_111409_view

20130225_111409_view 20130225_111409_view

20130225_111409_view

Dari Homestay ke Lost World of Tambun, dalam 10 minit je. lagi pun tak susah jalan nak pergi dari rumah ni.

:::Lost World of Tambun:::

Lepas ambik kunci, kami bergerak ke Lost World of Tambun. Alhamdulillah, sampai jugak kat sini.

Bayaran masuk sebanyak RM48/person untuk yang dewasa la. Kanak-kanak tak berapa nak pasti.

  
 
  
  
 
 
 
 

Lepas dah masuk Petting Zoo, baru rase lapar gile. Kat sini Bajet makan memang seorang RM10 ke atas. Semua makanan anggaran dalam RM6.50-Rm7 dan minuman RM3.

Loker di LWOT tak berapa nak besar ye. Jadi jangan berangan nak bawak masuk beg besar 30l, macam kami dari KL ni, memang beg semua besar2. Silalah bawa baju mandi & baju persalinan saja untuk disimpan di dalam loker. Harga loker RM10. Boleh bukak tutop berulang kali.

 
 

Kami dah plan basah-basahkan badan dulu, sebelum naik gelongsor air tu.. haha

    

Part nak naik gelongsor ni yang menyirap ye, almaklumlah, kita kan berpakaian mandi muslimah yang x berapa nak muslimah, asal boleh je. Bukan pakai yang officially muslimah swimming suit. So lifeguard tu tak bagi naik.. huwaaa. dah la kite memang suka main semua ni. Dah beratur pulak tu.. Haih
Tapi ade lagi satu yg kite boleh naik.. tu pun sebab dorang sporting ok.. Yehaa

    
 

Lepas main gelongsor tu kami pi kat tiger trail. Pergh, macam main mainan kanak2.. boleh la nak wat release tension menjerit2. Masa kita naik tu memang ade orang snap gamba, so kalau berminat boleh lah beli.Harga tak berapa nak pasti.

  

Puas naik roller coaster tu, ade pertunjukan Harimau. Dalam pukul 3 memang waktu diaorg bagi makan. So dapat la tengok. Sedih gile time ni, touching pulak tengok bagi Harimau makan macam tu. Sebab kita kan bela kucing.. hahaha.



Ok, takmo sedeh2.. Jom, pergi water park..
Untuk pengetahuan umum, tempat mandi die macam kecik je bagi aku. Dengan org yg ramai, nak swim mmg x dapek la, mau terpegang kaki orang. Wave pon x raso habaq hang.
Rating 1-10, aku bagi 4 je. hihi.

Ayaq dia kotor sikit


             

Selesai mandi dalam pukul 4.30. Kami segera ke toilet untuk bersiap. Gila ramai orang dalam toilet, LWOT tutup dalam pukul 6 petang, so ramai yang dah mula bersiap nak balik.

 
 
 

Lepas bergambar ni, kami terus bertolak ke Homestay. dalam perjalanan tu memenag lapar gile, so berhenti kat kedai mamak, minum petang makan roti canai. Simpan perut untuk makan malam di Nasi Vanggey.

*****************************************************************

:::Nasi Vanggey:::

Perhatian kepada sesiapa yang plan datang dari jauh, nak makan nasi vanggey ni. Sila datang waktu tengahari, Macam kami ni, ingat nak makan malam, tapi bile pergi sane, lauk dah tak banyak.
Tapi bak kata ramai orang yang dah pergi sana, memang muroh.. Estimation, seorang RM5 tak termasuk air.







Lepas makan kami pusing-pusing di Ipoh town, tapi biase la, dataran Ipoh pon dah gelap. Ingat nak amik gambar tapi x berhenti pun. Kami tengok dari dalam kereta je. Tak tahu nak lepak mane. Ada pasar malam, macam dekat Downtown Cheras tapi pasrking agak susah nak cari.. Kami pusing-pusing lagi kat situ dalam 2 ke 3 round, lepas tu teros balik homestay.

Sampai dekat homestay, kami tak terus tidur pon, layan cerita Dangerous Bangkok- tayangan di TV3. Habis je sambung tengok Fast Five (DVD) oh ye, rumah tu ade Astro and DVD Player ye.

  

************************************************************************







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...