Followers

Showing posts with label acid folic. Show all posts
Showing posts with label acid folic. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Shaklee oh Shaklee

Pagi yang tenang, dengan kerja pun menimbun2 kat sebelah aku ni, buat aku rase nak tenangkan fikiran aku sekejap. Motif? ade kene mengene dengan post Shaklee ke? hahaha.. Ni bukan nak promote ke ape ok. Just for sharing.


Aku bukan makan B-Complex saje. Aku ambik B-complex ni sebab die ade asid folic, kan aku penah buat entry pasal folic asid. So aku just replace dengan Shaklee B complex ni. Aku pon ambik ostematrix (calsium & Magnesium), GLA Complex (katanya yang paling power), Vita E, Vitamin C tapi bukan brand Shaklee, Zinc, dan jus Delima Turkey(rase die masam-masam manis).

Alhamdulillah, semakin hari rase perubahan die. Sentiase berpikiran positif, rase tak terlalu penat. Muke berseri sikit la.. hahahah. Dan bagi aku yang selalu makan tak tentu waktu ni, sejak aku amik supplement (bermula sejak 3 bulan sebelum berkahwin), pemakanan aku agak teratur dek kerana nak makan supplement ni kene ikot turutan. Bukan main boh je. Sebab tu ade yang makan tapi xde efek apa-apa. Pemakanan kene konsisten. Tapi kebanyakkan oarang cakap, tengok orang jugak, ada yang makan supplement pun sama saja. 

Aku susah bab nak percaya bende-bende macam ni. Kesan dia memang susah nak detect, tapi macam aku yang period tak teratur ni, lepas je aku amalkan pemakanan yang mengikut waktu, rase semakin ok pulak. Tu yang rase sihat, dah tak de la asik sakit ulu hati la, sakit dada la. 

Aku bukan dealer Shaklee ni, aku beli dari 2 ke 3 org jugak yang jual. Saje nak sharing ngan korang.. :)





Kebaikan Vitamin B Complex Shaklee
Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum 


Siapa sebenarnya yang perlu B-complex ?Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang
  • Terdedah kepada sinaran matahari
  • Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
  • Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
  • Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
  • Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
  • Mereka yang nak nampak cantik dan muda
  • Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
  • Wanita yang mengambil pil perancang


Maka, jika anda mempunyai kekangan dalam memastikan pengambilan vitamin B yang lengkap, cubalah amalkan pengambilan suplemen B Complex...
Gejala kekurangan vitamin B:
  •  keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress

Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, Kacangdan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid(racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.


Love Peace,
JL

Friday, September 14, 2012

Kronologi Persiapan Perkahwinan : Asid Folic Punya Cerita


Assalamualaikum,

Wah, bercerita pasal asid folic pulak. Aku tak banyak info sangat pasal asid folic ni.. Tapi ini adalah kesinambungan daripada test HIV hari tu. Nurse tu sarankan aku untuk mula makan asid folic. Bila aku tanya kenapa, (almaklumlah yang aku tahu orang yg pregnant je slalu makan bende ni..) Dia cakap maknan otak.. Apakah? otak aku ke? nak cakap otak baby, celah mane plak aku ade baby dalam perut ni.. :-p
Ok, setelah aku buat research melalui google je sebenarnya, hahahah. antara fungsi asid folic ni 

* diperlukan untuk pengeluaran tenaga & pembentukan sel darah merah
* menguatkan imuniti dalm pembentukan yang sesuai dan fungsi darah sel darah putih
* berfungsi sebagai co-enzyme dalam sintesis DNA dan RNA so penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sehat.
* membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" & "fetal" (yg mana penting untuk tumbesaran normal)
* terlibat dalam metabolisma protien
* digunakan dalam pencegahan & rawatan folik asid anemia
* juga membantu dalam depresi dan "anxiety" (pahamke?) 

 ni la rupa die.. aku dah makan seminggu..

Kat mana nak dapatkan asid folik ni? 
kat mane2 farmasi pon ade jual, macam-macam brand ada. Yang aku beli kat Guardian,KLCC kat counter farmasi memang murah. RM 9.50 je.. 1 set (untuk 3 bulan pemakanan) . Ada 100biji. Sehari sebiji. Warna kuning. Saiz dia kecik je.. leh je nak menelan.. Kalau beli brand Appeton tak silap aku harga die RM29.90 untuk 90biji.

Sumber makanan yang mengandungi asid folik macam, barli, daging lembu & kambing, bran, ragi (tapai), beras perang, cheese, ayam, buah tamar, sayuran hijau, hati, susu, mushroom, salmon, tuna, gandum & bijiran. :-) (mampu ke nak makan semua tu? dengan jumlah asid folik yang kita perlukan?)

Ada banyak lagi informasi tentang asid folik, tapi kesimpulannya, pemakanan kita mestilah seimbang dan berzat.. bukan main hentam je nak makan. Lagi satu, ramai yang ingat asid folic untuk perempuan mengandung je, tapi sebenarnya elok dimakan sebelum mengandung lagi, and continue mkn mase pregnant atau selepas pregnant. :-)

Semoga informasi yang tak seberapa ni, boleh kita kongsi bersama.. :-)

Love Peace
~jl~



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...