Followers

Monday, September 10, 2012

Kronologi Persiapan Perkahwinan : Misi Mencari Baju Malam Berinai & Bersanding

Assalamualaikum....

Ha, pelik bukan tajuk kite hari ni.. Bukannya apa, semakin hari waktu berlalu sampai tak sedar hari yang dinanti-nanti, sudahlah menjelma kini kekal dan abadi.. ewah macam lagu Waheeda ft. Izad tu.. Eceh, bile lagu tu dok bermain kat telinga ni, mula la darah berderau-derau. Jantung pun berdenyut-denyut.. Realitinya, semua tak settle lagi. ha, hambek..

Biasalah, orang perempuan ni semua nak perfect on her wedding day.

Kali ini, aku nak share bab nak cari baju ni.. Alhamdulillah baju tuk nikah tu aku dah hantar dekat tailor. Buat simple je.. Untuk beads aku jahit sendiri je..tak tahu lah hasilnye bila boleh siap. InsyaAllah cantik.. cewahhh.Aku pun tengah kumpul-kumpul idea nak buat macam mana.. (gebang lebih, padahal biasa-biasa je).

Lately ni, (dua minggu kebelakangan ni), dalam pada sebok beraya, pegi open house, aku sebok jugak pegi mencari baju untuk aku pakai malam berinai & sanding.. Al-kisahnya, tak booking lagi.. Klo ikotkan hati dari aku sewa beratus-ratus, baik aku tempah je.. tapi kalau tempah bila pulak aku nak pkai baju tu lagi kan? Pendek kata, alah menyewa menang memakai.. (pandai-pandai ubah).

And, as per decided. Untuk malam berinai aku amik je la songkek kebaya songket. Simple. Tak payah nak pening kepala. Ikotkan memang nak ambik design songket macam Man Kajang nye design.. Tapi dek kerana aku pun tak yakin aku leh slim - kan badan aku ni, so bek aku pakai yang simple je.. normal.. hahhaha.. Nak cerita pengalaman aku mencari baju songket ni pun satu hal. Google images memang berlambak.. Tapi bila call ade yang tak jawab, ade yang mahal, ada yang kerek gila, ada yang color aku nak tak ade. Kat FB page pon same, bile aku PM, haram nak reply.


Last week, mase aku buat HIV test tu, aku ada la jalan-jalan pegi butik pengantin, nak tengok-tengok kalau ade yang berkenan di hati.. Pusing punya pusing at last aku pegi butik kawan mak aku kat Desa Melawati.. Ikotkan, macam biase la.... Color yang aku nak tu tak ado... Aku hambik je color ape yang ade, fitting, DONE!. Malas nak fikir dah.. Kat situ banyak jugak baju baru, tapi tak kene dengan jiwa dan budget aku..

Gambar sekadar hiasan.. 
(ihsan dari Google Image)

Semalam pulak, aku pujuk tunang aku pegi pameran pengantin dekat ampang point.......... SEDEH! booth tak banyak pon, yang ado-ado je.. Lepas tu macam biase la, baju yang aku nak tak ade! Aku terus round naik sampai atas, tengok kalau ade butik pengantin plak.. Malangnye tak jumpe la pulak.. Yang ade, butik yang amik tempahan baju pengantin.. nan hadoooooo...Aku pun jalan-jalan macam tu je... Mood x berapa nak baik, dek kerana aku pun tak sihat.. :-)

Lepas jalan-jalan, kami pon lepak dekat pelita. Sambil lepak tu aku google la butik pengantin yang ade dekat area ampang. Jumpe 1, call tak hangkat.. (hangin je)... then, try butik lain plak... voice mail... (tekanan ye di situ). Ikutkan, aku ade set appointment dengan sorang ni, die dekat bangi.. Tapi bile aku set appointment je die mule la bagi alasan, baju anta dry cleaning la... Suruh aku buat baju baru la.. Ikotkan baju yang aku nak tu, mmg dah ade die dah pernah buat untuk orang lain, and available for rent. Tapi tak tau la... Aku pulak nak settlekan hal baju ni cepat-cepat, sebab banyak bende yang aku kene pikirkan.

Berbalik kepada acara google mencari butik pengantin, at last ade la aku jumpe lagi satu, dan butik tu bukak pulak semlam. So aku pun serang la... Baju sewa memang murah.. tapiiii, biase la bila dah murah.. Aku sampai-sampai butik tu je, ade lagi satu couple tengah cari baju jugak macam aku... Semua yang aku minat die pun minat, tapi bakal suaminya pulak tak berapa nak minat, sebab tak ngam dengan warna kulitnya.. Katenya....

Aku ade cuba satu dua pasang, bile tunang aku pakai OK je... Sebabnya, baju lelaki semua design lebih kurang je.. tang baju aku yang macam bermasalah sikit.. huhuhu.. Sebab badan aku ni melebar.. Nak nak pulak design die agak lapok.. :-( Tengah pilih-pilih tu, sempat jugak aku google lagi mane-mane butik dekat area tu... Tup tup dapat jugak.. Tapi dia based dekat rumah.. Aku pun tanya la tunang aku kalau die larat nak pegi.. (sebenarnya die pon dah pening nak melayan aku).. hihi.. Tunang aku pun setuju.. So kami pun pergi la kat tempat lagi satu tu.. Aku siap pesan kat tuannag aku, kalau x ok, terus anta balik.. Next time je cari baju...

Mula-mula nak pegi rumah tu, sampai sesat-sesat jugak la.. jalan gelap, lepas tu tak berapa nak familiar ngan tempat tu, jalan sempit.. Padahal tak de lah HULU sangat, tapi memang lalu jalan nak ke Hulu Langat tu la.. 2 kali u-turn, sebab terlajak.. huhuh... Sampai-sampai je dekat rumah tu, aku terus senyum puas.. Tu dari dalam kereta tu aku dah senyum... Mana tak nye, dari lua aku dah nampak baju kat patung tu.. Design memang cun dan aku suka....

Masuk-masuk je, sejuk je mata memandang.. :-) aku tak tau la yang entertain kita orang tu muda dari aku or tua dari aku.. Tapi aku panggil dia adik.. Lembut je dia cakap.. Ikotkan macam biase la, color yang aku nak tu, tak ade, die suggest buat baru dan harga amat la BERBALOI-BALOI.. Aku terus setuju.. Ikotkan aku dah rambang mata dengan design die yang lain-lain, tapi aku pendam je la. Kene decide betul2.. huhuhuu..


 
Ni lah design yang aku mintak.. beads die pandai-pandai la dia nak buat macamana.. Janji Emerald green bebehh.. My FAV color.. Original design by : ZamrimaTouch

Antara koleksi butik tu:


 Cantik kan: leh view kat FB page die : Seri Kasih

Lepas bayar deposit, aku tarik nafas lega.. Selesai sudah misi mencari baju malam berinai dan sanding.. Tunggu nak fitting lagi skali je.. Harap semuanya OK, dan jangan la badan aku menbesar dan membesar dengan sihat dan kuat.. :-) sejak raya ni dah naik 4kg.. Mak masak sodap-sodap.. Hari-hari aku makan nasi.. huwaaaaa...

Sampai sini je untuk entry kali ni.. :)

-love peace-
JL



Wednesday, September 5, 2012

Malam yang panjang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, ade pulak mase nak tulis dekat blog yang ala-ala ni.. :) walaupun menaip menggunakan hp je ni.. agak mencabar jugak la.. dengan rendah diri aku memanjat rase syukur aku kepada penciptaku. semoga apa yang dirancang olehNya berjalan dengan lanca tidak berapa lama lagi..

Walaupun kadang-kadang Dia menghadiahkan Dugaan,telah dijanji olehNya bahawa ujian itu adalah diatas kemampuan umatnya.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui.

love peace
~jl~

Saturday, September 1, 2012

Kronologi Persiapan Perkahwinan : Tanggal 31 Ogos 2012

Assalamualaikum..

Ha, aku amik kesempatan nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua warga negara Malaysia. :) Walaupun terlambat beberapa minit.. Tapi ape salahnye.. Walaupun ada antara kita yang bewarganegara Malaysia masih mengatakan kita masih dijajah dan tidak merdeka.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segalanya. =)

Ok, lets talk about my preparation. Disebabkan Hari Merdeka kita diberikan cuti. Walaupun di dalam suasana hari raya ni. Aku cepat-cepat nak settle-kan mana-mana hal yang patut di-settle-kan. Bermula dengan pegi buat ujian HIV di Klinik Mediviron Setiawangsa.. Ini adalah kerana klinik-klinik kerajaan telah menghentikan khidmat ujian HIV untuk sementara waktu sehingga diberitahu. Tapi, mengikut cakap cikmek molekk mase aku call tu, dia cakap bagi bakal pengantin yang majlisnya akan berlangsung dalam mase terdekat sehingga hujung tahun, disarankan buat je ujian HIV tu di klinik swasta, sebab tak tahu sampai bile dorang hold perkhidmatan tu di klinik kerajaan. Lepas buat ujian HIV di klinik swasta, kita kene bawak ke klinik kerajaan, lepastu dorang akan set kan tarikh baru appointment untuk endorsement.

Cerita pasal ujian HIV ni, pengalamannya tak sama ye tuan-tuan dan puan-puan... eh, bakal-bakal pengantin semua. Mengikut cerita kawan aku.. "eh, die just click je kat jari ko, pastu dah.. Dia amik darah sikit je".. katanya... Aku tak kisah sangat sebab aku tak takut bab-bab amik darah ni. Dah berapa kali aku pernah kene ambil darah dulu.. Masa dok test suspek denggi. Nak di jadikan cerita, dekat klinik yang aku buat test ni, takde internal lab. Dia akan hanta dekat branch lain. Masa dalam 2 hari baru dapat result. Charge dia, sorang 40hengget.... hambekk

Gambar hiasan semata-mata.. Walaupun ini bukan tangan aku. Tapi macam ni la tadi..


Selesai amik darah.......

...................................................................................................................................................................

Selesai bab pertama, kitorang bergegas pergi tengok kad kahwin... Hajat di hati kalau dah jumpe yang berkenan book je teros. Malas dah nak pikir-pikir. Mende lagi 3 bulan je nih.. alahai... Sampai-sampai je dekat kedai kad tu, betul-betul dekat sebelah tempat kitorang amik kursus kahwin hari tu. hihi.. Tengok-tengok, belek-belek, aku berkenan kat ade satu kad ni.. Padahal aku memang da survey online. Aku just tunjuk reference tu kat abang tu kalau dia boleh buat. Nak ke jalan pudu amatlah malas. Lepas isi form, settle-kan deposit. pastu chiow..

Selesai bab no dua.
...................................................................................................................................................................

Begegas pulak ke sri rampai, nak pergi hanto baju pulak, kali ni aku men redah je.. Auntie tu sempoi je.. First try ni.. Mase measure aku berdoa-doa dalam hati semoga baju aku nanti takdelah rupenye jadi pelik.. hihi... Selesai bab baju nikah.. Sepasang laki dan perempuan..

Perut pun dah lapar, lepak Ali Maju.. tertelan nasi goreng pataya pulok... hihihi..

Itu je lah aku nak share.. :)

Love peace
~jl~

Wednesday, August 8, 2012

Kronologi Persiapan Perkahwinan : Baju Nikah

Lagi 4 bulan.....

Naik pening kepala ambo ni deh.. Dok memikiorkan memikirkan design baju akad nikah aku nanti.. Actually memang dah beli pun kain. Tapi nak ngantor hantar ke tailor tu la.. Price die macam leh beli yang ready made. Nak dijadikan cerita, biase lah bulan puase, byk lah pomotion baju raya dr designer2 yg mantop2.. salah 1 satu-nye Jovian by Mandagie memang mantop. So aku pon dengan bijak nye register kat ZALORA nak beli usha mana2 baju yang santek.. yang simple tapi elegant yang boleh lah dikatakan sesuai untuk dibuat baju akad nikah.

Setelah beberapa kali log in, aku pun terjumpe la 1 satu -dua design yg ok.. So aku pun tgk la measument die, mane tau kot2, size xde ke.. nak ambik size M macam x muat, so aku choose la size L. Sebelom aku proceed for the payment, aku tunjuk lah baju tu kat tunang aku.. Ikotkan color die x lari banyak dengan kain yg aku beli mula2 dlu untuk baju nikah aku. So, tunang aku pon tanpa byk cakap soal, terus setuju.. bak kata die "ikut ma lah, kalau ma dah suke". ayat yang aku kadang-kadang bengang jugak bile dengar. Harga die RM280.00. Nak dibandingkan dengan harga aku nak tempah, cos tempahan je dah RM300++.

Selesai 1 satu bab. Dapat email confirmation. Aku pon macam B2B yang lain la, tergedik2 x sabar nak tunggu baju tu sampai kat tangan aku. Almost 1 week aku tunggu. Akhirnya, sampai jugak parcel dari ZALORA kat ofis aku, so aku pun bukak lah kotak tu, tak sabar nak tunggu sampai rumah. Aku tgk nampak macam besar. Tapi aku macam ignore je la.. Angkat fon, terus call tunang aku, bagitahu yang baju nikah aku dah sampai.. Die dengan rilek2 cakap "ok la tu ma, atleast dah spai". Hek elehhhhh.. Aku pulak tak abis2 pikir, balik nak try, balik nak try..

Aku suruh tunang aku ambik fetch aku dekat LRT station, lepas tu pegi kat rumah mak, konon2 nak tunjuk kat mak lah baju tu.. Sampai2 umah mak aku pon show off la.. mase tu x fitting lagi. Adik perempuan aku dah jeling2.. Cepat2 aku masuk bilik and fitting.. Hak alahhhhh, besar!!! Besar satu hal. Ni, siap cutting badan aku x nampak langsung! straight! Arghh!! oh, no! Rase membazir je beli, pastu menyesal. Tu jela yang aku pk. 

Aku keluar dari bilik, tunjuk kat mak, mak ckp "ok, je". Adik aku plak cakap, "klo akak taknak, bagi la adik, adik xde baju raya lagi". Tunang aku plak,"ok, elok je"... Grrrrrrr.. Nape semua org camni.. Dah lah kain die gedabak! Adoiyai.. Measurement yang die bagi ngan yg aku dapat mmg jauh berbeza. Aku ingat klo besar, besar sikit je, ni mmg besar banyak ni.. Adoiyai, menyesal laaa.. Aku bukak balik dengan perasaan benggang n masukkan balik dalam kotak. Lepas tu suh tunang aku anta aku balik umah aku.

Sampai je dekat rumah, aku pon buat experiment, aku nak alter la konon, aku pun jahit jelujur bajet2 nak kecikkan.. bile aku pkai perghhh, lagi x de cutting.. Aku nye badan melebar, pastu dah susut, semua dah leper.. :( sedeh beb..

Aku teros post dekat FB page Jovian Mandagie kalau sapa2 yang bermninat nak beli.. Aku telak harga sama RM280. Sebab aku mmg x guna lagi baju tu. Just pkai untuk test je. Color Dusty Pink. So far x de lagi orang yang berminat. Dah dua kali aku pon entry tu kat timeline Jovian Mandagie, and almost everyday ade je orang yg post kat Timeline Jovian nak let go baju dorang.. Mostly, sebab tak muat, dek kerana size besar. Aiyoooooo....

So sapa2 yang berminant nak beli JIANA by JOVIAN boleh la contact aku ye, email lemon_juju84@yahoo.com.

Gambar baju aku upload kat sini skali klo sape2 yang tak tahu design dia macam mane. Sebab Semua design by Jovian Mandagie name lebih kurang je.. Semua starting by 'J'. Tapi aku beli bukan sebab nama aku pon start dr 'J' ye.. harap maklum..


ok, kat sini aku bagi measurement tuk size L ni skali ye... baik x aku.. :)

Size: L
Shoulder: 15.5in
Chest: 39.5in
Waist: 33in
Hip: 40in
Full Dress Length: 60in
Armhole: 21in
Sleeve: 22.5in
Cuff: 9.5in
Skirt Waist: 32in
Skirt length: 41in

~love peace~
JL


*****sorry, the dress sold out the same day I wrote this entry******

Monday, August 6, 2012

Teman Pengganti dan Hadiahnye

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulang tahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti

Aku kan pergi bertemu kekasih abadi
Tiba masanya kau cari teman pengganti

-------------------------------------------------------------------------

Dan Hadiahnye...
Sebuah lagu & TB buat aku..

Saat itu dah berlalu..
Tak ada apa yg boleh aku ucapkan melainkan Terima Kasih..

~love peace~
JL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...