Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulang tahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna
Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi, pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti
Aku kan pergi bertemu kekasih abadi
Tiba masanya kau cari teman pengganti
-------------------------------------------------------------------------
Dan Hadiahnye...
Sebuah lagu & TB buat aku..
Saat itu dah berlalu..
Tak ada apa yg boleh aku ucapkan melainkan Terima Kasih..
~love peace~
JL
Monday, August 6, 2012
Sunday, July 22, 2012
Dia
Biar mlm berbintang seribu,
Aku kan tetap begitu
Biar embun menyejukkan tidurku
Aku tetap merasa ragu
Andai ini yg ditentukan oleh mu,
kuserah pada qadaMu
Andai ini adalah ujianMu,
ku akan jadikan pengajaran buatku
Aku, tidak seperti dulu
Mahuku dlm perjalanan ku semoga abadi...
Dengan kewujudanku
Sekiranya kewujudanku, pengorbanan ku, tidak diterima oleh manusia,
Jangan lah kau sesatkan aku...
Kau utuskanlah walimu, membimbingku ke arahMu
Betapa aku amat merasai nikmatMu
ketika aku sujud padaMu
Betapa kerdilnya diri ini apabila melihat kejahilan aku sendri...
Keluhanku tiap waktu adalh menutupi kedosaanku
Ritihanku diminit-minit masa mu, kerana kecelakaan nafsuku...
Sesungguhnya, aku tidak kuat untuk merubah hidupku,
Ku berharapkan petunjukMu Ya Allah ya tuhanku..
~love peace~
Julia latif
Aku kan tetap begitu
Biar embun menyejukkan tidurku
Aku tetap merasa ragu
Andai ini yg ditentukan oleh mu,
kuserah pada qadaMu
Andai ini adalah ujianMu,
ku akan jadikan pengajaran buatku
Aku, tidak seperti dulu
Mahuku dlm perjalanan ku semoga abadi...
Dengan kewujudanku
Sekiranya kewujudanku, pengorbanan ku, tidak diterima oleh manusia,
Jangan lah kau sesatkan aku...
Kau utuskanlah walimu, membimbingku ke arahMu
Betapa aku amat merasai nikmatMu
ketika aku sujud padaMu
Betapa kerdilnya diri ini apabila melihat kejahilan aku sendri...
Keluhanku tiap waktu adalh menutupi kedosaanku
Ritihanku diminit-minit masa mu, kerana kecelakaan nafsuku...
Sesungguhnya, aku tidak kuat untuk merubah hidupku,
Ku berharapkan petunjukMu Ya Allah ya tuhanku..
~love peace~
Julia latif
Labels:
bayu,
doaku,
hati,
kesejahteraan,
luahan hati
Tuesday, May 22, 2012
Cari Konsep Perkahwinan
Nak bercerita sikit pasal wedding concept yang updated sekarang ni. Mostly sekarang ni ramai yang suka pilih theme Fairy Tale & English Vintage. Mata aku pun turut rambang dek kerana terlampau banyak sangat yang cantik-catik. Sampaikan aku pun tak tahu nak pilih concept ape. Dah la aku ni jenis fussy gak la.
Contoh-contoh seperti gamba- gamba kat bawah ni
Kontemporari

English Vintage

Fairytale

Moroccan
Traditional
Ada macam-macam pelamin, semua ikot bajet kita macam mane.Oleh Majlis Persandingan aku hanya dibuat sekali iaitu serentak dengan pihak lelaki, maka aku adakan malam berinai.. Aku pilih baju songket moden untuk pakaian malam berinai. Design ala-ala baju2 Man kajang...
Warna belum decide lagi...
Baju untuk bersanding pulak, aku ngah pening ni.. Nak pakai baju ape sebab banyak yang aku tgk menarik2.. Ha, kan aku cakap mata aku mesti rambang punya.
ni salah satu nya, inspire by ARIWEDDINGCOUTURE
Akhir kata, aku memang tak boleh nak decide sekarang aku nak dress yang macam mana. Tu belum masuk bab baju nikah lagi. Dok pening kepala ni. Ok la uols, sambung lagi nanti ye...
~love peace~
JL
Labels:
B2B,
baju pengantin pilihan,
bride to be,
fairy tale,
pelamin,
wedding,
wedding concept
Monday, May 21, 2012
Baju Tunang untuk Sewa
Nak share link pasai sewa baju..
Ala baju yang hat mase kite tunang dulu.. tapi baju tuk perempuan je la.. yang lelaki nya x de..
Baju sepasang termasuk veil..
Click kat link bawah ni ya... thank you friend.... muaxx muaxxx
Ala baju yang hat mase kite tunang dulu.. tapi baju tuk perempuan je la.. yang lelaki nya x de..
Baju sepasang termasuk veil..
Click kat link bawah ni ya... thank you friend.... muaxx muaxxx
-Love Peace-
JL
Subscribe to:
Posts (Atom)